Siapa yang kenal David ? David, adalah rakyat Malaysia dari Sabah yang
Siapa yang kenal David ?
David, adalah rakyat Malaysia dari Sabah yang sedang melancong ke England. Suatu malam David masuk ke sebuah restoran di London. Sebaik tiba, dia melihat seorang lelaki Afrika kulit hitam dengan santai duduk sambil membaca suratkhabar di sudut restoran.
“Pelayan!" teriaknya.
"Saya belanja semua orang di restoran ini, kecuali orang kulit hitam Afrika di sana!" ucapnya dengan lantang sambil menunjuk jari ke arah lelaki Afrika itu.
Pelayan mulai melayani semua orang yang ada di restoran, kecuali lelaki Afrika tersebut. Lelaki Afrika tersebut hanya melihat David dan berkata, " Terima kasih! " Ucapnya sambil mengangguk.
"Aik mengejek pula orang ni," fikirnya.
David menuju ke bar:
"Pelayan! Minuman percuma untuk semua disini, kecuali orang Afrika yang duduk di sudut sana!"
Sekali lagi, bukannya marah, si Afrika hanya tersenyum sambil mengangguk dia berkata, "Terima kasih."
David, semakin marah dibuatnya. Dia memanggil si pelayan:
"Apa dia itu gila?" Sambil menunjuk lelaki kulit hitam itu.
"Tidak, dia tidak gila" Pelayan itu tersenyum, "Dia adalah pemilik restoran ini."
David sangat terkejut mendengar penjelasan si pelayan dan merasa sangat malu.
Kerana malunya, dia terus keluar dan melintas jalan.
Tanpa David sedar , sebuah kereta yang dipandu laju tiba-tiba melanggarnya. Pemandu kereta itu tidak berhenti menolong David dan terus lari.
Para pelanggan restoran keluar ingin melihat apa yang terjadi kepada David.
Namun tak ada yang peduli dengan David. Tidak seorang pun dari semua yang telah dia belanja makan dan minum, membantunya.
Lelaki itu terkapar di jalan dan hanya menjadi tontonan orang ramai.
Dengan segera lelaki kulit hitam kembali ke restoran, menghidupkan keretanya dan membawa si sombong ke hospital terdekat.
Setelah sedar, David bersusah payah, cuba bangkit dari katil dan ingin meminta maaf.
Namun belum sempat terucap dari mulutnya, si kulit hitam terus berkata,
"Sudahlah, aku sudah memaafkan engkau sejak awal."
Setelah dirawat beberapa hari, David telah sembuh dan boleh pulang. Namun David terpegun kerana bil hospital telah 'dibayar'.
"Siapa yang membayar ini semua?"
"Sahabat yang menemani tuan selama ini semasa dirawat disini ," jawab nurse bertugas.
David pun bergegas menuju restoran lelaki kulit hitam.
Dia terus ke sudut restoran mencari lelaki kulit hitam itu, namun, orang yang dicarinya tidak ada disitu.
"Dimana lelaki kulit hitam pemilik restoran ini?"
Belum sempat si pelayan menjawab, muncul seorang lelaki kulit hitam berpakaian kemas dari belakang merapatinya,
"Saya pemilik restoran ini, ada apa ya Tuan?"
"Bukan kamu yang saya cari, saya mencari lelaki tua kulit hitam yang beberapa hari lalu duduk di situ ,"
"Itu arwah ayah saya, dia baru saja meninggal 5 hari lalu dan sekarang saya adalah pemilik restoran ini," jawab lelaki muda itu.
"Sebelum meninggal dunia dia meninggalkan surat ini kepada Tuan ," ucapnya sambil menghulurkan satu surat yang kemas bersampul.
Dengan rasa sedih bercampur kesal David, membaca isi tersurat dan tersirat warkah itu.
Si lelaki Afrika kulit hitam tersebut menulis untuknya :
" Tolong sampaikan pada sahabat-sahabat yang lain supaya patuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan stay at home - PKP tambah lagi sampai 28 Apr 2020 ” *
😆ðŸ¤ðŸ™ˆ
